Pengenalan

Kata-kata Aluan

Selamat datang ke blog rasmi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kluang. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, blog rasmi Pejabat Belia dan Sukan daerah kluang ini berjaya dilancarkan buat julung kalinya selaras dengan perkembangan dunia ict dan usaha kerajaan untuk mewujudkan kerajaan elektronik.Tujuan blog rasmi ini diwujudkan selain untuk memberi informasi berguna kepada semua kakitangan dan orang awam, ianya juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan orang awam dengan pejabat ini dan mengurangkan kerenah birokrasi.Sebarang cadangan dan komen amatlah dialu-alukan demi meningkatkan lagi mutu blog rasmi ini. Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan blog ini. Semoga usaha-usaha seperti ini akan berterusan ke arah menjana kecemerlangan pembangunan belia dan sukan.

Sekian, terima kasih.

TUAN HJ MOHD AZLI LEE BIN ABDULLAH
Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kluang





SEJARAH PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KLUANG
 
Pada mulanya Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kluang terletak di Bangunan Kerajaan, Jalan Bangunan Kerajaan 86000 Kluang tetapi pada 23 November 2000 telah berpindah di Tingkat 2, Bangunan Persekutuan, Km 4, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor.

Ruang Pejabat seluas 145.4 meter persegi amat selesa bagi menempatkan lima (5) orang kakitangan tetap (Kementerian Belia dan Sukan).Seorang Pegawai Belia dan Sukan (Gred S 41) seorang Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Gred S 27) seorang Pembantu Belia dan Sukan (Gred S 22) seorang Pembantu Belia dan Sukan (Gred S 17) dan seorang Pembantu Tadbir (Gred N 17). Disamping itu terdapat juga (5) kakitangan (kontrak) Kerajaan Negeri Johor bagi menjalankan tugas dan perkhidmatan kepada pelanggan (Belia). Bagi kakitangan Kerajaan Negeri Johor dua orang ditempatkan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kluang dan tiga orang di tempatkan di Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Kluang. Pentadbiran Pejabat boleh dihubungi melalui talian telefon No. 07-7722399 dan Faksimili No. 07-7728225. No. telefon Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kluang adalah 07-7710623.






OBJEKTIF  UNIT




BELIA
Mewujudkan masyarakat belia yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sanggup memainkan peranan bagi mencapai matlamat pembangunan, sosial dan ekonomi serta keselamatan negara.


SUKAN
Mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu, sihat, cergas dan berdisiplin juga bertindak sebagai agen perubahan sikap dan pemikiran masyarakat terhadap sukan serta mewujudkan motivasi dan suasana yang selesa untukperkembangan dan kemajuan sukan.


RAKAN MUDA
Untuk membantu dan menguruskan usaha Kementerian Belia dan Sukan terhadap pembangunan golongan belia remaja berumur 15 – 25 tahun bagi melahirkan masyarakat yang proaktif dan dinamik.




 OBJEKTIF   |     VISI    |      MISI



OBJEKTIF JABATAN BELIA DAN SUKAN
NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM


“Untuk membina masyarakat belia yang berakhlak dan berdisplin, melahirkan pemimpin dan usahawan belia, mewujudkan tenaga kerja belia yang berkemahiran serta untuk membina masyarakat yang sihat dan cergas berbudaya sukan ke arah kesejahteraan negara.”
 
VISI

Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,

Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlit sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.

MISI

Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi:-

Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi  dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan
Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.